e-Tanah Q adalah Sistem Penggiliran yang dijana untuk menukar cara kita berbaris kepada mendapatkan tiket dimana jua kita berada tanpa perlu berada di dalam premis.
e-Tanah Q membenarkan pengguna merasai pengalaman menarik and menjimatkan masa ketika menggunakan aplikasi semasa berurusan di tempat tersebut.
Pengguna akan mendapat tiket maya daripada peranti mereka. Pengguna boleh memantau pergerakan tiket mereka pada bila bila masa atau dimana mana tanpa perlu berada di lokasi urusan. Aplikasi akan menunjukan nombor tiket semasa dan nombor pengguna.
Di dalam aplikasi, pengguna boleh memilih urusan yang ingin dibuat dan selepas selesai pilihan, nombor tiket maya akan dijana.
Apabila tiba giliran pengguna, aplikasi akan menjana notifikasi untuk pemberitahuan kepada pengguna.Pengguna akan pergi ke kaunter terlibat bergantung kepada pemilihan servis dan nombor tiket yang dijana.